Organisasi tentera udara Organisasi_tentera

Organisasi tentera udara adalah lebih bersifat statik daripada tentera laut dan disusun mengikut kawasan pemerintahan. Struktur organisasi tentera udara berbeza-beza antara negara: sesetengah tentera udara (seperti Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja British atau RAF) telah dibahagikan kepada markas pemerintahan, grup dan skuadron; lain-lain (seperti Tentera Udara Soviet) mempunyai sebuah struktur organisasi gaya Tentera Darat. Tentera Udara Diraja Kanada yang moden menggunakan Divisyen Udara sebagai formasi antara Wing dan seluruh pemerintahan udara. Seperti RAF, Wing Kanada terdiri daripada skuadron.

Simbol (untuk perbandingan struktur Tentera Darat)Nama Unit (USAF/RAF/Tentera Udara lain)Jumlah anggotaJumlah pesawatJumlah unit bawahan (USAF/RAF)Pegawai memerintah (USAF/RAF)
XXXXXX +Tentera udaraSeluruh tentera udaraSeluruh tentera udaraSemua Pemerintahan Utama / PemerintahanGA / MRAF atau Air Chf Mshl
XXXXXPemerintahan Utama/Pemerintahan atau Tentera Udara Taktikal / Ketumbukan udara[2]Berbeza-bezaBerbeza-bezaMengikut Wilayah atau Tugas (unit bawahan berbeza-beza)Gen/Air Chf Mshl atau Air Mshl
XXTentera Udara Bernombor/Tiada persamaan RAF/Divisyen Penerbangan /Divisyen Udara/Briged UdaraMengikut Wilayah (unit bawahan berbeza-beza)Berbeza-beza2+ Wing/GrupMaj-Gen / N/A
XWing/Grup (termasuk EAG)/Briged udara Rusia1,000–500048–1002+ Grup/WingBrig-Gen/AVM atau Air Cdre
IIIGrup/Wing (termasuk EAW) atau Pangkalan/Rejimen udara Rusia300–1,00017–483–4 Skuadron/3–10 FlightCol/Gp Capt atau Wg Cdr
IISkuadron100–3007–163–4 FlightLt Col atau Maj/Wg Cdr atau Sqn Ldr
•••Flight20–1004–62 Seksyen campur penyelenggaraan dan kru sokonganCapt/Sqn Ldr atau Flt Lt
••Elemen atau Seksyen5–20n/a–2n/aPegawai Muda atau PTT Kanan
Detail2–4n/an/aPTT Muda

Di dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, organisasinya lebih mirip Tentera Darat Malaysia. TUDM mempunyai tiga divisyen udara yang diletakkan di bawah Markas Operasi Udara. Menyamai TDM sesebuah divisyen udara dipimpin oleh Mejar Jeneral TUDM dan Markas Operasi Udara dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral TUDM. TUDM tidak menggunakan formasi yang lebih besar ini, justeru pangkat TUDM yang disertakan dalam jadual di atas hanya sebagai perbandingan.